Akta Perhubungan Industri 1967 Pdf Download |LINK|
CLICK HERE === https://urlin.us/2t7tS1
1 Topik 1 Perspektif dalam Perhubungan Industri HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan definisi dan kepentingan perhubungan industri; 2. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi persekitaran perhubungan industri; dan 3. Mengkaji perhubungan industri di Malaysia. " PENGENALAN Dalam topik pengenalan ini, kita akan membincangkan dan mengenal pasti definisi dan kepentingan perhubungan industri, faktor yang mempengaruhi ruang lingkup persekitaran perhubungan industri serta peruntukan akta berkaitan perhubungan industri. Topik ini juga membincangkan perhubungan industri seperti yang diamalkan di Malaysia, juga rangka kerja undang-undang yang mempengaruhi persekitaran perhubungan industri.
2 2 TOPIK 1 PERSPEKTIF DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI 1.1 DEFINISI DAN KEPENTINGAN PERHUBUNGAN INDUSTRI Sebelum kita teruskan perbincangan tentang kepentingan perhubungan industri, adalah amat penting untuk kita mengetahui apakah itu perhubungan industri terlebih dahulu. Menurut Salamon, (2001), perhubungan industri bermaksud suatu set fenomena yang beroperasi di dalam dan di luar tempat bekerja yang melibatkan peraturan perhubungan pekerjaan. Maimunah Aminuddin (1999) pula berkata bahawasanya perhubungan industri adalah merujuk kepada pengurusan kebajikan pekerja oleh majikan melalui komunikasi dalaman. Perhubungan industri memberi penekanan kepada tiga aspek yang penting iaitu: (a)" Perhubungan di antara majikan dan kesatuan pekerja (pekerja); (b)" Undang-undang buruh; dan (c)" Tatacara tatatertib dan penamatan kontrak perkhidmatan. Dengan kata lain, perhubungan industri ialah perhubungan antara pekerja, majikan dan kesatuan dalam konteks pekerjaan berdasarkan undang-undang dan sistem tatacara yang diperuntukkan. Perhubungan antara majikan dan pekerja sebenarnya terhasil daripada perundingan dan perjanjian secara kolektif berdasarkan kandungan kontrak perkhidmatan. Menurut Kamal Halili Hassan (1994), suatu kontrak perkhidmatan mengandungi beberapa ciri-ciri unik yang menggariskan tugas dan tanggungjawab ke atas majikan dan pekerja. Tugas dan tanggungjawab yang wujud sama ada selaras dengan Common Law atau diperuntukkan oleh undang-undang bertulis. Secara ringkasnya, kontrak perkhidmatan ialah suatu perjanjian antara pekerja dan majikan yang mengandungi terma dan syarat perkhidmatan pekerjaan. Dengan kata lain, hak dan tanggungjawab oleh keduadua belah pihak yang wujud adalah dikuatkuasakan oleh undang-undang terutamanya undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan pekerjaan. Selain daripada kontrak perkhidmatan, sistem perundangan juga memainkan peranan penting dalam jalinan perhubungan antara majikan dan pekerja. Sistem perundangan di sini adalah merujuk kepada akta yang merupakan undangundang bertulis yang relevan dalam konteks perkhidmatan, contohnya:
3 TOPIK 1 PERSPEKTIF DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI 3 (a)" Akta Pekerjaan 1955; (b)" Akta Kesatuan Sekerja 1959; dan (c)" Akta Perhubungan Perindustrian Sistem perundangan menggariskan pelbagai prosedur dan garis panduan bagi semua pihak yang terlibat dengan perhubungan industri. Kita akan membincangkan akta yang berkaitan dengan perhubungan industri di Malaysia pada akhir tajuk ini. Memahami kepentingan perhubungan industri adalah penting untuk pengurusan bagi menjalin dan menggalakkan suatu suasana yang harmoni dalam kalangan pekerja. Satu suasana bekerja yang harmoni akan meningkatkan prestasi dan produktiviti. Situasi ini menjadikan pekerja rasa dihargai dari segi haknya oleh pihak pengurusan. SEMAK KENDIRI Apakah definisi perhubungan industri? 2. Apakah TIGA aspek yang diberi penekanan dalam perhubungan industri? Jelaskan. 1.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERHUBUNGAN INDUSTRI Perkara-perkara seperti mogok, berpiket dan tindakan oleh kesatuan sekerja dan wakil kesatuan majikan adalah antara perkara yang memerlukan keprihatinan pengurus bahagian sumber manusia. Perkara yang dipengaruhi oleh faktor luar seperti politik, ekonomi dan tekanan daripada pihak awam di samping faktor sosial seperti budaya, sumber dan perubahan dalam organisasi. Rujuk kepada perhubungan persoalan persekitaran dalam perhubungan industri seperti dalam Rajah 1.1. Rajah ini menunjukkan sebahagian daripada faktor dalaman seperti perhubungan persekitaran yang terdiri daripada faktor seperti sasaran organisasi, sistem pengurusan dan politik, faktor persekitaran bekerja serta faktor luaran. Contohnya, teknologi, perubahan dalam ekonomi, rangka kerja undang-undang, tahap pendidikan, keharmonian dalam industri dan tanggungjawab sosial.
4 4 TOPIK 1 PERSPEKTIF DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI Rajah 1.1: Faktor persekitaran yang mempengaruhi perhubungan industri Sumber: Dipinda oleh Yong (1996) Mari kita tinjau dua contoh, bagaimanakah faktor ini boleh mempengaruhi perhubungan industri? Contoh 1 Kesinambungan dan pembangunan pesat dalam teknologi telah mendesak organisasi membuat perubahan untuk bersaing. Organisasi perlu tegar untuk memenuhi keperluan mendapatkan pekerja berkepakaran bagi memenuhi sasaran sesuatu organisasi. Pada masa yang sama juga organisasi perlu memastikan keperluan dan kebajikan pekerja terjamin dan memenuhi keperluan bagi melahirkan suatu suasana yang harmonis untuk bekerja. Contoh 2 Sebagai contoh kedua, faktor yang mempengaruhi dapat dilihat sewaktu keadaan kemelesetan ekonomi sekitar tahun 1998, di mana suatu situasi yang kritikal memerlukan pemahaman dan kerjasama di antara pekerja/kesatuan sekerja dan majikan dalam menangani masalah yang dihadapi. Beberapa perkara yang membabitkan perjanjian kolektif tidak dapat dikuatkuasakan seperi kenaikan gaji, pembayaran bonus/imbuhan dan sebagainya. Terdapat sesetengah organisasi yang terlibat terpaksa mengambil langkah dalam keadaan terdesak seperti pengurangan gaji, pengurangan waktu bekerja lebih masa dan juga pemberhentian kerja. Pihak kerajaan juga mengambil inisiatif dalam kekangan ini dengan memantau kaedah yang digunakan bagi menamatkan perkhidmatan pekerja bagi melindungi hak pekerja ketika itu.
5 TOPIK 1 PERSPEKTIF DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI 5 AKTIVITI 1.1 Senaraikan faktor yang mempengaruhi perhubungan anda dan majikan di tempat kerja yang boleh memberi kesan kepada perhubungan industri dalam organisasi anda. 1.3 SISTEM TIGA PIHAK (TRIPARTITE) DALAM SISTEM PERHUBUNGAN INDUSTRI DI MALAYSIA Hasil perbincangan sebelum ini, kita boleh mengenal pasti pihak yang terlibat dalam perhubungan industri di Malaysia. Tiga pihak yang dimaksudkan ialah pekerja/kesatuan sekerja, majikan dan pihak kerajaan. Pihak pekerja selalunya diwakili oleh kesatuan sekerja. Sebagai contoh yang boleh diambil ialah Pertubuhan Kesatuan Pekerja Perladangan (PKPP) mewakili pekerja di sektor perladangan sahaja. Kesatuan ini bertindak sebagai wakil kepada pekerja dalam perbincangan timbang tara dengan pihak majikan berkaitan isu yang melibatkan pekerja dan terma pekerjaan mereka. Penglibatan dan hubungan tiga pihak boleh dikelaskan dalam Jadual 1.1. Jadual 1.1: Klasifikasi Penglibatan dan Hubungan antara Pekerja, Majikan dan Kerajaan Klasifikasi Unilateral (satu pihak) Bilateral (dua pihak) Tripartite (tiga pihak) " " " " Penerangan Kuasa untuk membuat keputusan berkaitan pekerja yang terletak semata-mata atas majikan atau organisasi. Pekerja dan kerajaan tidak terlibat dalam proses membuat keputusan. Pekerja melalui kesatuan itu diberikan hak untuk berunding dan membuat keputusan atas perkara yang berkaitan syarat kerja, bersama-sama majikan. Semua ketiga-tiga pihak, iaitu pekerja, majikan dan kerajaan yang terlibat dalam rundingan dan perbincangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja. Pihak kerajaan akan merangka dari semasa ke semasa untuk mengulang kaji rangka kerja undang-undang. Pihak kerajaan juga akan mengadakan suatu mekanisme atau kaedah untuk menyelesaikan permasalahan dalam perhubungan industri sekiranya pihak pekerja dan majikan gagal untuk
6 6 TOPIK 1 PERSPEKTIF DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI menyelesaikan permasalahan ini pada peringkat organisasi. Pada peringkat yang terendah dalam menyelesaikan pertelingkahan ini adalah melalui perbincangan terus antara majikan dan pekerja/kesatuan. Sekiranya proses ini gagal, pihak Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan khidmat perundingan untuk membantu pihak bertelagah yang terlibat bagi mendapatkan jalan penyelesaian. Sekiranya perundangan ini juga gagal, pertelingkahan akan dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan untuk suatu arbitrasi. 1.4 PERANAN KERAJAAN, MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan secara ringkas peranan yang dimainkan oleh kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja dalam mewujudkan suatu industri yang harmonis Peranan Kesatuan Sekerja Pekerja selalunya diwakili oleh kesatuan sekerja. Secara amnya kesatuan sekerja boleh didefinisikan sebagai: Apabila sekumpulan pekerja dihimpunkan dengan tujuan mempertingkatkan terma dan syarat pekerjaan atau menaikkan taraf mereka dalam masyarakat. Menurut Seksyen 2 Akta Kesatuan Sekerja (1959), Kesatuan Sekerja ialah sebarang organisasi atau persatuan yang terdiri daripada pekerja atau majikan sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak. Akta ini menyatakan tujuan penubuhan kesatuan sekerja, iaitu: (a)" Peraturan dalam kalangan perhubungan pekerja dan majikan yang bertujuan untuk mempromosi perhubungan yang baik antara pekerja dan majikan, menambahbaikkan suasana bekerja atau pekerja atau menaikkan taraf ekonomi dan status sosial atau meningkatkan produktiviti; (b)" Mewakili sama ada pekerja atau majikan dalam sebarang pertelingkahan dalam perhubungan industri; dan
7 TOPIK 1 PERSPEKTIF DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI 7 (c)" Mempromosi atau menganjurkan, membiayai, mogok, menyekat, menghalang masuk dalam apa-apa perdagangan, industri, peruntukan untuk membayar gaji, faedah lain kepada ahlinya semasa mogok menyekat atau menghalang masuk. Wakil kesatuan sekerja adalah berdasarkan industri di mana mereka bekerja. Sebagai contoh, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Bank hanya mewakili pekerja yang bukan menjawat jawatan pegawai dalam industri kewangan. Kesatuan Sekerja juga dikenali dengan nama Persatuan Pekerja. Sebagai contoh, Persatuan Pengeluar Hasil Pertanian (PPHP) ialah kesatuan untuk pengeluar hasil pertanian. Di negara seperti Jepun dan Korea, pendekatan perjuangan kesatuan sekerja lebih menjurus kepada konsep koperasi yang kesatuan sekerja membantu majikan dalam mempertingkatkan keberkesanan produktiviti. Pendekatan ini membolehkan pekerja memperoleh pembayaran gaji yang lebih di samping persekitaran bekerja yang lebih baik Peranan Majikan Sebelum ini, kita telah membincangkan tentang kesatuan sekerja dan aktiviti yang dijalankan. Subtopik ini akan menjelaskan tentang pihak kedua dalam rantaian sistem tiga pihak dalam perhubungan industri, terutamanya majikan. Pihak majikan ialah pihak yang memberikan pekerjaan. Majikan mungkin merupakan seorang individu, sebuah syarikat, atau sebarang organisasi atau persatuan yang memberi pekerjaan kepada pekerja. Seperti juga kesatuan sekerja yang melindungi kepentingan pekerja secara berkelompok, majikan juga boleh mempunyai organisasi mereka sendiri. Walau bagaimanapun, kesatuan sekerja untuk majikan bukan bertujuan untuk mewakili majikan dalam sebarang pertelingkahan perhubungan industri tetapi ia perkara penting yang melibatkan kepentingan bersama. Tujuan utama pihak pengurusan dalam perhubungan industri adalah untuk membangunkan strategi bagi memperkukuhkan keberkesanan organisasi dan meningkatkan prestasi. Seksyen 13(3) Akta Perhubungan Perindustrian 1967 menggariskan hak mutlak pengurusan dalam membuat keputusan. Seksyen 5(1) Akta Perhubungan Perindustrian 1967 menyatakan seperti berikut: Tiada majikan atau kesatuan sekerja bagi majikan dan tiada sesiapa pun boleh bertindak bagi pihak majikan atau sebarang kesatuan boleh: 2b1af7f3a8